Kedudukan Jerome Powell Dalam Bahaya? Ini Komentar Donald Trump!

372

Pada mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi, ahli jawatankuasa the Fed telah memutuskan kadar faedah diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.00% daripada 2.25% sebelum ini. Penurunan tersebut merupakan kali kedua dilakukan oleh Fed pada tahun ini.

Susulan daripada itu matawang dolar Amerika Syarikat mengukuh ke paras tertinggi tujuh minggu berbanding Yen manakala mencecah paras tertinggi tiga bulan berbanding Swiss franc selepas Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah sebanyak suku peratus seperti yang dijangkakan. Walaubagaimanapun mesyuarat tersebut tidak memberikan gambaran yang jelas untuk unjuran pelonggaran polisi pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump merakamkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mesyuarat FOMC dengan mengkritik bahawa bank pusat dan Jerome Powell tidak mempunyai keberanian untuk turunkan kadar lebih banyak. Segelintir pemain pasaran berpendapat bahawa kedudukan Jerome Powell sebagai pengerusi the Fed berada dalam bahaya.

Dalam temuramah oleh Fox News pada hari ini, Trump mengatakan bahawa jawatan yang dipegang oleh Jerome Powell masih selamat walaupun beliau sering dikritik.

“Saya sangat kecewa dengan beliau dan saya tidak rasa beliau tahu bagaimana mengurus permainan ini”. – Trump

Trump telah melancarkan kritikan terhadap teh Fed sejak pertengahan 2018 agar kadar faedah diturunkan lebih rendah bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat