Kedudukan Terkini Matawang Dalam Pasaran Eropah, US Dolar Mengukuh

69

Matawang Aussie menunjukkan penyusutan selepas mengalami pengukuhan di sebelah pagi dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis. Manakala matawang kiwi didagangkan rendah berbanding U.S dolar.

AUD mengukuh sebelum menyusut sedikit sebanyak 0.04% kepada 0.7586 berbanding U.S dolar setakat jam 4.15 petang. Pengukuhan ini didorong laporan Jabatan Perangkaan Australia yang melapokan pertumbuhan pekerjaan Australia mencatat peningkatan 13 bulan berturut-turut pada bulan Oktober.

Berdasarkan laporan tersebut, terdapat peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 3700 pekerjaan pada bulan Oktober. Namun penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 17,500 pekerjaan.

Kadar pengangguran jatuh 0.1% kepada 5.4% berbanding bacaan jangkaan yang mensasarkan kejatuhan kepada 5.6%.

Matawang NZD menyusut sebanyak 0.28% kepada 0.6857 setakat jam 4.15 petang.

Pelabur kini mengambil sikap berhati-hati terhadap ketidakpastian terhadap perkembangan pelan reformasi cukai.

Pada hari Rabu, terdapat 2 orang ahli Senat Republik menyatakan ketidaksetujuan mereka dan tidak akan menyokong pelan reformasi cukai Senat yang terkini. Hal ini kerana, perlaksanaan pelan reformasi cukai tersebut lebih memihak kepada syarikat besar dan dalam masa yang sama ia menekan rakyat pendapatan pertengahan.

Namun matawang U.S kekal mengukuh berikutan data inflasi dan jualan runcit yang positif. Pasaran menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan pada bulan Disember.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat pada hari Rabu mengumumkan bacaan Indeks Harga Pengguna (CPI, consumer price index) naik 0.1% bulan lalu selepas merekod kenaikan 0.5% bulan sebelum itu. Bagi bacaan tahunan (y/y), CPI turun kepada 2.0% dari 2.2% pada September.

Jualan runcit meningkat 0.2% pada bulan lepas berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.1%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebanyak 0.13% setakat jam 04.15 petang kepada 93.84.

Matawang Euro jatuh daripada paras tertinggi 3 minggu lalu kepada 1.1777. Manakala GBP/USD menyusut sebanyak 0.08% kepada 1.3161.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat