Kedudukan Terkini Matawang Dalam Sesi Dagangan Eropah, Aussie Dan Kiwi Susut

48

 

Matawang Aussie dan Kiwi menyusut berbanding matawang U.S dolar pada pembukaan pasaran Eropah berikutan matawang greenback yang mula melemah daripada rentetan dariapda isu pelan reformasi cukai.

AUD hanya menyusut sebanyak 0.10% kepada 0.7653 berbanding U.S dolar setakat jam 04.05 petang.

U.S dolar mula menyusut apabila Senat Republik  mengwar-warkan pelan perlaksanaan cukai yang berbeza dengan perlaksanaan cukai daripada The House.

Berdasarkan rangka pelan The House, cukai korporat akan dipotong dari 35% kepada 20%, tetapi Senat merencanakan untuk menangguhkan perlaksanaan tersebut sehingga 2019.

Kedua-dua pelan potongan cukai tersebut akan menambahkan $1.5trillion bajet defisit keatas U.S dan hutang negara.

Segelintir pelabur percaya bahawa perlaksanaan reformasi cukai akan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dan akan mendorong The Fed untuk meningkatkan kadar faedah.

NZD kekal stabil berbanding U.S dolar pada 0.6933 sebelum menyusut sebanyak 0.19% kepada 0.6925 setakat jam 04.05 petang.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sedikit sebanyak 0.02% setakat jam 4.05 petang kepada 94.44. Pengukuhan dolar didorong oleh tumpuan pasaran pada data yang akan dikeluarkan.

Matawang euro menyusut berbanding U.S dolar iaitu sebanyak 0.23% kepada 1.1640 setakat jam 4.05 petang. Manakala GBP/USD menyusut sebanyak 0.74% kepada 1.3095 berikutan isu kepimpinan perdana menteri UK, Theresa May.

USD/CAD mengukuh sebanyak 0.03% kepada 1.2687 setakat jam 4.05 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat