Kegagalan ‘Hedge Fund’ – Pasaran Mula Kucar Kacir!

3,373

US dolar mencatat pengukuhan pada hari Isnin dalam keadaan yang tidak menentu ini. Disisi lain matawang euro merosot di bawah $ 1,18 dan matawang komoditi menunjukkan trend yang sama. Pemain pasaran pada ketika ini lebih memilih matawang safe-haven kerana kebimbangan kejatuhan hedge fund.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sehingga ke paras tertinggi sejak November lalu dengan mengukuh sebanyak 0.18% ke paras tukaran harga 92.938.

Saham A.S diperdagangkan lebih rendah setelah terdapat laporan bahawa bank globak berkemungkinan berhadapan kerugian akibat kegagalan dana lindung nilai yang dikenal pasti sebagai Archegos Capital.

Menurut penganalisis Simon Harvey, tumpuan pasaran pada hari ini adalah mengenai prestasi pasaran ekuiti A.S. Tambah beliau, walaubagaimanapun kesan Archegos tetap terhad buat masa ini, memandangkan kesannya tertumpu pada beberapa syarikat. Tetapi beberapa penganalisis mengatakan kejatuhan itu boleh merebak lebih jauh dan mejalar ke pasaran lain.

Disisi lain matawang euro bergelut dengan isu propek pandemik Covid-19 dan ekonomi yang suram dalam jangka masa pendek bagi negara Jerman. Menurut sebahagian penganalisis, ekonomi A.S adalah lebih kukuh dan lebih kehadapan dalam imunisasi berbanding Eropah dan Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat