Kegembiraan Pengantin Baru Bertukar Tangisan Berpunca Kejatuhan FTX!

349

Sudah sedia maklum bahawa sejumlah pelabur runcit pasti tidak terlepas dalam situasi kemelut syarikat exchanger kripto FTX yang menjadi penyebab ‘pendarahan’ kepada pasaran kripto.

Begitu juga situasi yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Jaime Zulueta yang baru sahaja berkahwin.

Zulueta dan isterinya telah menjalani liku-liku yang sukar setelah sejumlah pelaburannya dalam FTX lenyap begitu sahaja selepas perkahwinan mereka berlangsung.

Sebelum melakukan pelaburan itu, beliau mula berminat terhadap FTX semasa syarikat tersebut popular di Taiwan dan berhasrat melabur dalam FTX selepas membuat kajian mengenai pengasasnya Sam Bankman-Fried (SBF).

Tambahnya lagi, beliau sangat terkejut dan sedih sehingga tidak mampu untuk tidur dalam beberapa hari ketika mengetahui tentang kejatuhan FTX itu yang telah akibatkannya mengalami sejumlah kerugian besar.

Hal ini berikutan kerana beliau percaya FTX bekerjasama dengan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada terjadi, namun pandangannya meleset semata-mata ekoran SBF dan pasukan pengurusannya yang tidak jujur.

Namun bila ditanya mengenai kepercayaan beliau setakat ini terhadap kripto, Zulueta tetap yakin dengan potensi aset digital tersebut kerana masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika pihak yang bertanggungjawab tidak tamak.

Suka dimaklumkan juga bahawa Zulueta bernasib baik susulan dapat mengeluarkan sebahagian dananya sebelum keruntuhan FTX yang telah memberhentikan sebarang pengeluaran terhadap pelanggannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat