Kejadian Apakah Ini? Kelakuan SEC Dihina CEO Ripple!

243

“Tu la SEC asyik buat Ripple marah kan dah kena balik.”

Semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF), Ketua Pegawai Eksekutif Ripple (XRP), Brad Garlinghouse mengkritik tingkah laku Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sepanjang tuntutan mahkamah tersebut.

Menurutnya, penghakiman tuntutan mahkamah antara XRP dan SEC masih tidak mencapai penghujungnya susulan SEC sering kali menyebut untuk mengeluarkan keputusan tetapi sehingga kini tidak dibuat.

Terdahulu, Garlinghouse pernah menyebut perbezaan asas merupakan sebab kedua-dua pihak tidak temui penyelesaian, di mana XRP bergantung sama ada SEC mengiktiraf aset digitalnya sebagai tidak selamat.

Hal ini berikutan kerana SEC mendakwa XRP menjual aset digital mereka secara tidak berdaftar, tetapi XRP tidak bersetuju dan menentang pandangan tidak berasas tersebut.

Sementara Garlinghouse dimaklumkan telah menyifatkan kelakuan SEC ketika mengendalikan kes XRP sebagai warga AS yang memalukan ekoran hakim tidak mengeluarkan sendiri tuntutan mahkamah pada tahun 2023.

Namun, Garlinghouse tetap optimis dengan pengeluaran keputusan penghakiman dalam tempoh beberapa bulan lagi dan beliau yakin ia adalah sesuatu kesimpulan yang positif.

Setakat penulisan ini, pergerakan harga XRP semakin melihat pemulihan tetapi kini susut sedikit sebanyak 3.48% berlegar pada paras $0.3792 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat