Kejadian Emas 1930 Bakal Berulang, Bitcoin Berisiko Untuk Disekat AS!

8,859

Status sektor kripto di Amerika Syarikat (AS) masih menjadi teka-teki.

Dalam satu temubual bersama Yahoo Finance semalam, pengasas Bridgewater Associates, Ray Dalio memberitahu ada kemungkinan kerajaan AS akan menyekat Bitcoin (BTC) sama seperti yang pernah dilakukan terhadap emas pada sekitar 1930.

Untuk pengetahuan, AS pernah menyekat emas kerana pihak kerajaan enggan ia bersaing dengan matawang fiat dan kredit yang mana jika ia benar-benar berlaku, tidak mustahil akan menyebabkan banyak hal berada di luar kawalan.

Lihat sahaja India yang dikhabarkan akan menyekat perdagangan matawang kripto termasuk Bitcoin. Walaupun mengaku dirinya bukanlah pakar dalam sektor ini, Dalio tidak dapat menyangkal jika pihak kerajaan AS akan bertindak sama.

Pada masa yang sama, Dalio akui kedudukan BTC yang menonjol sebagai kelas aset.

“Sejak 10 tahun lalu, Bitcoin telah terbukti tidak pernah digodam. Secara amnya, ia telah berfungsi berdasarkan operasinya. Ia memiliki pendukung yang mampan dari serata dunia. Ia juga merupakan alternatif sebagai simpanan aset,” ujarnya.

Pada minggu lepas, Dalio ada mendedahkan pihak kerajaan AS akan mencari mereka yang sanggup ‘membuang’ dolar untuk Bitcoin ketika mereka berhadapan dengan fasa perubahan cukai untuk menangani krisis hutang negara.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $53,122, susut 2.38% dalam 24 jam. Dianggarkan berlaku pembetulan ke atas matawang itu sebanyak hampir 13% sejak dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $60,100.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat