Kejatuhan Drastik Pada Akhir Minggu, Punca Harga Minyak Terus Parah

1,383

Harga minyak bergelut mencari sokongan untuk meningkat dari kejatuhan mendadak yang dicatatkan pada akhir minggu lalu.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada $113 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit susut pada $109 setong.

Penanda aras minyak WTI jatuh hampir 7% sementara Brent junam sekitar 6% pada hari Jumaat selepas terkesan oleh kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi akibat langkah kenaikan kadar faedah yang agresif.

Minggu lalu, Federal Reserve (Fed) mengumumkan peningkatan kadar sebanyak 75 mata asas untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi, mencetuskan kebimbangan kemungkinan terhadap berlakunya kemelesetan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberitahu bahawa kemelesetan tidak dapat dielakkan dan peralihan tersebut adalah biasa dalam usaha mengatasi lonjakan inflasi.

Bagaimanapun, gangguan bekalan yang berterusan ekoran perang di Ukraine dan pergolakan di Libya serta kegagalan OPEC untuk mengepam lebih banyak minyak membantu mengekang minyak daripada jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat