Kejatuhan Harga Buatkan Whales Kaut Lagi XRP!

357

Selepas menunjukkan momentum positif sejak beberapa minggu lalu, mata wang kripto Ripple (XRP) kini tewas di awal minggu setelah membuat penurunan harga susulan berlakunya kolerasi bersama pasaran tradisional.

Namun, penyusutan harga XRP sebanyak 5% dalam tempoh 7 hari lalu, yang merupakan penurunan paling rendah di antara 10 kripto teratas telah memberikan pelabur whales peluang keemasan untuk mengaut lebih banyak XRP pada harga diskaun.

Menerusi whale Alert, kebanyakan whales telah menambah 144.2 juta token XRP yang bernilai $66.9 juta dalam wallet masing-masing.

Manakala whales terbesar turut membeli lagi aset digital tersebut dengan jumlah $35.67 juta yang didaftarkan daripada kripto exchanger Crypto.Com.

Difahamkan juga bahawa whales telah memindahkan 60 juta XRP dari wallet ke kripto exchanger Bitstamp dengan nilai $29.22 juta.

Aset digital tersebut dikatakan memberi keuntungan positif sepanjang 30 hari lalu susulan membuat peningkatan sebanyak 41%, yang didagangkan pada paras harga $0.48.

Malah jumlah dagangan XRP melonjak 70% pada $2.7 bilion dalam tempoh 24 jam lalu semasa terbitan data CPI Amerika Syarikat.

Walaupun kes berpanjangan antara XRP dengan SEC masih belum berakhir, aset digital itu telah memegang sebanyak $2.4 bilion had pasaran ekoran mahkamah baru-baru ini membenarkan pihak ketiga memfailkan taklimat Amicus yang akan memberikan kebaikan kepada XRP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat