Kejatuhan Mingguan Terbesar Minyak Untuk Tahun Ini

413

Harga minyak bakal mencatat kerugian mingguan terbesar tahun ini, ketika penularan varian virus Delta terus menimbulkan keraguan terhadap pemulihan permintaan bahan bakar global, terutamanya China sebagai pengimport minyak mentah terbesar di dunia.

Dagangan minyak mentah WTI Amerika Syarikat telah merosot sekitar 6.4% pada minggu ini, iaitu penurunan mingguan terbesar pernah dicatatkan sejak akhir Oktober. Sementara minyak mentah Brent pula telah menurun sebanyak 6.5%, kejatuhan paling besar sejak Mac.

China, pengguna minyak kedua terbesar di dunia, telah melaksanakan sekatan perjalanan lebih ketat di beberapa bandar dengan menangguhkan penerbangan dan menghentikan pengangkutan awam, yang dilihat akan mengancam permintaan bahan bakar.

Situasi lebih buruk juga dilihat di Amerika Syarikat, di mana kes Covid-19 baru setiap hari telah meningkat ke paras tertinggi enam bulan, dengan lebih daripada 100,000 jangkitan dilaporkan di seluruh negara.

Bagaimanapun, ketegangan di Timur Tengah yang semakin meningkat membantu menyokong harga minyak dari jatuh lebih rendah, yang dilihat sebagai berita kurang baik untuk rundingan perjanjian nuklear antara Iran dan kuasa dunia.

Pada awal sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat sedikit berubah dengan didagangkan pada $69.17 setong, manakala dagangan minyak mentah Brent pula diniagakan pada $71.39 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat