Kekal Bearish, GBP/USD Tak Berhenti Catatkan Paras Terendah Terbaru 2 Tahun

202

Walaupun US dolar sedikit bertenang pada dagangan Rabu semalam daripada pengukuhan sejak penghujung minggu lalu, namun mata wang Pound gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat dalam pasaran.

Sebaliknya Pound terus mengalami penyusutan lebih rendah berbanding US dolar sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi Khamis ini mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun lagi.

Pelabur berkemungkinan berwaspada menjangkakan penyusutan US dolar berterusan sehingga ke penghujung minggu dengan jangkaan laporan data NFP Amerika Syarikat (AS) bakal mencatatkan penurunan pada angka pertambahan pekerjaan bulan Ogos.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah susut ke paras 1.16000 pada sesi New York semalam sebelum menyambung penurunan lebih rendah lagi di sesi Asia pagi ini.

Harga kekal pamerkan pergerakan pada trend bearish di mana paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD kekal menghalang harga daripada membuat kenaikan sepanjang dagangan minggu ini.

Penurunan harga di sesi Asia dilihat mencecah ke paras sekitar 1.15700 dan dijangka akan menyambung lagi corak bearish tersebut pada sesi-sesi berikutnya.

Untuk jangkaan penurunan lanjut, sasaran adalah pada sekitar 1.14000 untuk menguji paras terendah yang dicecah harga pada dagangan Mac 2020 yang lalu.

Sebaliknya jika kenaikan harga mula berlaku, harga perlu melepasi halangan MA50 sekitar paras 1.16500 sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish pada carta harga.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji rintangan pada zon SBR (support become resistance) 1.18000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 1 minggu.

Kenaikan seterusnya akan kembali ke paras tumpuan 1.18800 yang menjadi rintangan harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat