Kekal Terperangkap Dalam Zon Sideway, EUR/USD Terjun Semula

153

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam mencatatkan bacaan angka yang menurun, namun US dolar dilihat berjaya mengukuh semula dalam pasaran.

Penganalisis menilai tumpuan pelabur berkemungkinan kembali terarah kepada kebimbangan terhadap risiko inflasi dan kemelesetan ekonomi yang menyuntik pengukuhan dagangan safe-haven.

Ucapan para gabenor dan Pengerusi bank-bank pusat di Portugal dalam acara forum yang dianjurkan oleh European Central Bank (ECB) akan menjadi perhatian, termasuk Jerome Powell.

Sementara, ucapan awal oleh Presiden ECB, Christine Lagarde gagal melonjakkan nilai Euro dalam pasaran walaupun beliau menyatakan bahawa bank pusat bersedia untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi Julai ini.

Tambah beliau lagi, ahli-ahli bank pusat juga bersedia untuk kenaikan kadar yang lebih pantas jika situasi memerlukan.

Namun, Euro kekal bergerak lemah berbanding US dolar dengan kejatuhan ketara pada dagangan sesi New York semalam.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang masih gagal untuk melepasi rintangan pada 1.06000 di awal minggu, pamerkan penurunan semula menuju paras sokongan pada 1.05000.

Sehingga bersambung ke minggu ini, harga dilihat kekal ‘terperangkap’ dalam zon sideway 100 pips tersebut.

Sekiranya US dolar berjaya mengekalkan pengukuhannya pada dagangan hari ini (Rabu), berkemungkinan pasaran akan melihat harga keluar dari zon sideway tersebut dengan penurunan yang melepasi support 1.05000.

Isyarat bearish lebih jelas akan mendorong jangkaan untuk harga susut menuju pula ke zon support utama pada 1.04000.

Sebaliknya jika harga yang menguji support 1.05000 kembali melantun semula, masih lagi rintangan pada 1.06000 akan menjadi tumpuan untuk diuji sekali lagi.

Melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu buat harga dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.07000 atau lebih tinggi lagi boleh mencapai sehingga zon rintangan 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat