Kekhuatiran Pada ‘Teks’ Perjanjian Brexit Buatkan Trader Beralih Arah?

244

Matawang Swiss franc menyusut hampir ke paras terendah tujuh bulan berbanding Euro pada hari Isnin kerana tumpuan pemain pasaran masih tertumpu pada perjanjain perdagangan Brexit. Dalam masa yang sama, US dolar terus menyusut selepas Presiden AS Donald Trump menandatangani pakej rangsangan coronavirus pada hari ini.

Trump akhirnya menandatangani pakej rangsangan bernilai $2.3 trilion yang merangkumi dana untuk kerajaan dan bantuan coronavirus kepada rakyat Amerika dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik coronavirus.

Matawang Swiss Franc menyusut sebanyak 0.3% kepada paras tukaran 1.08860 berbanding euro, iaitu paras terendah sejak 8 Jun.

Sebahagian penganalisis seperti Ulrich Leuchtmann, ketua penyelidikan FX di Commerzbank Frankfurt mengatakan risiko pasaran masih berlegar pada risiko isu ‘hard Brexit’.Walaupun persetujuan terhadap perjanjian pasca Brexit telah dicapai, namun ia tidak mendorong kepada pengukuhan matawang Sterling kerana kedua-dua belah masih bertukar hujah mengenai beberapa klausa dalam teks perjanjian.

Di Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani pakej bantuan Covid-19 berjumlah AS$2.3 trilion dan dana kerajaan sebanyak AS$600 yang merangkumi pakej rangsangan untuk kebanyakan rakyat Amerika.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama menyusut sebanyak 0.22$ kepada paras tukaran 90.050 setakat jam 11.00 p.m.

Pasaran lebih memilih untuk bersabar dahulu kerana kekhuatiran dalam isu perjanjian Brexit. Lebih banyak pergerakan dijangka akan berlaku selepas menantikan Parlimen UK dan EU untuk meluluskan perjanjian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat