Kekhuatiran Terhadap Impak Coronavirus Beri Manfaat Berganda Kepada Dagangan Emas!

491

Harga emas melonjak ke paras tertinggi hampir tujuh tahun didorong oleh kebimbangan terhadap impak ekonomi global akibat penularan wabak coronavirus yang semakin membimbangkan.

Logam berharga itu diniagakan mengukuh di atas paras $1,600.00 selepas melonjak 1.6% pada Selasa susulan amaran Apple Inc bahawa pengeluaran yang perlahan dan kelemahan permintaan di China akibat coronavirus, akan menjejaskan pendapatan suku kedua syarikat itu.

Menurut Apple, kilang-kilang pembuatan di China yang menghasilkan iPhone dan elektronik lain telah mula dibuka semula, tetapi pengeluaran dikatakan lebih perlahan daripada dijangkakan, sekali gus menyebabkan bekalan produk Apple yang akan dijual di seluruh dunia juga berkurang.

Bukan itu sahaja, permintaan terhadap produk ini juga terjejas disebabkan kekurangan permintaan dari China yang sebelum ini telah menyumbang 15% daripada hasil pendapatan Apple pada suku terakhir 2019.

Ini telah menimbulkan kerisauan terhadap kesan kepada ekonomi global yang mungkin terjejas akibat virus maut dari China, yang mana setakat ini telah meragut lebih 2,000 nyawa dan 70,000 kes jangkitan.

Penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC kini menjadi tumpuan pasaran untuk mendapatkan butiran lebih jelas mengenai pandangan Federal Reserve (Fed) terhadap impak virus ini kepada ekonomi A.S.

Sementara itu dalam laporan terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu bahawa tidak ada data yang mencukupi untuk mengetahui sama ada penularan wabak itu semakin perlahan, walaupun China melaporkan jumlah kes terbaru dicatatkan menurun untuk hari kedua berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat