Kekuatan Dolar Greenback Hanya Sementara?

717

US dolar terus mencatat pengukuhan berbanding matawang utama pada hari Selasa dan mengukuh ke paras tertinggi satu tahun berbanding matawang yen kerana pakej rangsangan yang mendorong peningkatan dalam hasil bon dan jangkaan inflasi.

Matawang US dolar lebih menjadi pilihan para pelabur berikutan kejatuhan dana pelaburan Archegos Capital. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sehingga ke paras tertinggi empat bulan dengan mengukuh sebanyak 0.35% ke paras tukaran harga 93.270.

Turut mempengaruhi sentimen ialah data keyakinan pengguna A.S meningkat pada bulan Mac kepada tahap tertinggi sejak pandemik Covid-19 bermula. Data ini dapat menjadi pemangkin dan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi untuk beberapa bulan akan datang yang didorong oleh rangsangan fiskal.

Laporan menunjukkan bahawa indeks keyakinan pengguna meningkat kepada bacaan 109.7 pada bulan ini, tahap tertinggi sejak bermulanya pandemik pada bulan Mac 2021. Bacaan ini meningkat dari bacaan 90.4 yang dicatat pada bulan Februari.

Dalam masa yang sama, penganalisis mengatakan bahawa matawang yen juga terdedah kepada jangkaan inflasi yang lebih tinggi di A.S dan kenaikan hasil bon jangka panjang.

Hasil Perbendaharaan AS selama sepuluh tahun meningkat ke paras tertinggi dalam 14 bulan pada hari Selasa menjelang pengumuman Presiden Joe Biden mengenai rancangan beliau dalam mengendalikan pembayaran pakej rangsangan.

Pasaran kini memberi tumpuan pada data NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat nanti dengan the Fed setakat ini memaklumkan bahawa data setakat ini menunjukkan pasaran buruh dalam keadaan yang lemah namun mula menunjukkan pemulihan.

Pasaran menjangkakan bahawa US dolar akan terus mendapat sokongan yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat