Kekuatan Ekonomi Kedua Terbesar Mula Tergugat!

45

Pertumbuhan keuntungan di firma-firma perindustrian China dilapor perlahan pada September kerana kelamahan dalam aktiviti beberapa sektor yang berkaitan. Ekonomi kedua terbesar dunia itu jelas menunjukkan kelemahan walaupun menunjukkan tanda-tanda kestabilan.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan (NBS) pada Khamis, keuntungan bagi bulan September hanya meningkat 7.7% berbanding bulan Ogos yang naik mendadak sehingga 19.5%.

Menurut salah seorang pegawai NBS, He Ping, keuntungan dalam industri seperti elektronik, keluli dan elektrik antara yang teruk terjejas bagi bulan ini.

Pertumbuhan bagi bulan Ogos sebelum ini meningkat mendadak dalam kadar terpantas bagi tempoh 3 tahun kerana didorong oleh projek-projek infrastruktur di Beijing dan industri hartanah yang berkembang pesat.

Menurut laporan itu lagi, jumlah keuntungan bagi keseluruhan 9 bulan pada tahun ini adalah sebanyak 4.64 trillion yuan, meningkat 8.4% daripada tahun lalu.

bagi petunjuk terkini, ekonomi China menunjukkan kestabilan kerana dicatat berkembang pada suku ketiga berbanding setahun yang lalu.

Pun begitu, lebihan kapasiti terutamanya dalam sektor-sektor tradisional telah menolak jatuh keuntungan baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Beijing telah memulakan kempen untuk mengurangkan kapasiti arang batu dan keluli serta melakukan transformasi ekonomi bagi membendung masalah ini.

Cerita Disebalik Lelaki Ini Jatuh Bangun Bersama Ikea!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat