Kelab Juara Liga Perdana English Untuk Dijual! Ada Pelabur Berminat?

653

‘Baru terlepas kejuaraan musim lepas dah nak kena jual ke?’

Pemilik kelab bola sepak Liga Perdana English Liverpool FC, Fenway Sports Group (FSG) membuat pengumuman mengejut mengenai ketersediaannya untuk jual kepentingan yang dipegang.

Memetik sumber dari Athletic, FSG yang beli Liverpool FC pada 2010 berhasrat untuk jual pegangannya dan terbuka menerima sebarang bidaan dari pihak ke-3.

Ulas lanjut dari kenyataan rasmi FSG, mereka terima banyak bidaan dari pelbagai pihak, dan dengan terma serta syarat yang dipersetujui bersama kelab maka tidak mustahil Liverpool FC akan peroleh pemilik baharu.

Ia secara tidak langsung mengesahkan khabar angin yang mengatakan terdapat perubahan pemilikan pada kelab-kelab di Liga Perdana English sejak akhir-akhir ini.

Suka untuk diingatkan bahawa pada tahun lepas kelab bola sepak Newcastle United telah dijual dan kini dimiliki oleh jutawan Arab Saudi pada tanda harga £300 juta.

Dalam pada itu, persatuan penyokong Liverpool FC, Spirit of Shankly, mengharapkan sebarang keputusan yang dibuat FSG akan dibincang bersama-sama.

Berbalik kepada topik asal, FSG membeli Liverpool FC di bawah New England Sports Ventures pada tanda harga £300 juta dan bintang bola keranjang LeBron James pula memegang 2% kepentingan dengan pembelian £4.7 juta pada 2011.

Kemudian pada Mac pula sebuah firma pelaburan iaitu RedBird Capital Partners telah membeli FSG pada tanda harga $735 juta.

Buat masa ini Liverpool FC sedang bergelut dalam Liga Perdana English dengan menduduki tempat ke-8 sementara bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat