Kelemahan Yen Dibiarkan Sepi Disebabkan Ketegasan BOJ

260

Pelabur telah menyaksikan penurunan mendadak mata wang yen ke paras terendah terbaharu 20 tahun pada sesi Asia selepas diperlihatkan dengan data perbelanjaan isi rumah yang terus menunjukkan kejatuhan pada April.

Ketika mata wang yen kembali ke paras harga 132.00 berbanding USD, Menteri Kewangan Shunichi Suzuki memberitahu bahawa adalah penting untuk kadar pertukaran kekal stabil dan mencerminkan asas ekonomi.

Tambahnya lagi, kerajaan memerhatikan pergerakan pasaran pertukaran asing dan kesannya terhadap ekonomi Jepun dengan rasa mendesak, atau memerlukan tindakan segera.

Bagaimanapun, Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ), Haruhiko Kuroda yang bercakap di parlimen pada hari yang sama, terus menegaskan beliau akan kekal dengan kadar faedah yang rendah buat masa ini.

Yen semakin lemah selepas beliau mengulangi komitmennya untuk kekal dengan dasar monetari yang sangat longgar dan mengehadkan hasil pada hutang kerajaan Jepun 10 tahun.

Beliau turut merujuk kepada data yang diterbitkan pada sesi Asia, mengatakan bahawa isi rumah semakin menerima situasi kenaikan harga.

Menurutnya, tujuan BOJ bukan hanya untuk menaikkan harga, sebaliknya, mahu mewujudkan kitaran positif di mana harga meningkat seiring dengan pertumbuhan gaji dan aktiviti ekonomi yang lebih kukuh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat