Kelembapan China Jejas Ekonomi Utama Melalui Import

218

Kelembapan ekonomi China turut memberi impak kepada negara pengeksport utama di Eropah dan Asia Timur melalui penurunan permintaan bagi barangan perkilangan, terutamanya Jerman dan Korea Selatan.

Harga komoditi global yang meningkat mendorong pertumbuhan import China hanya sebanyak 1% pada bulan Jun berbanding tahun sebelumnya.

Import produk berteknologi tinggi serta barangan mekanikal dan elektrik jatuh kira-kira 8% bulan lepas, menurut data kastam China yang dikeluarkan baru-baru ini. Dengan eksport Korea Selatan ke China jatuh 2.5% dalam 20 hari pertama pada Julai, ia mungkin tidak mencatat peningkatan pada bulan ini.

Penutupan Covid-19 yang berterusan dilihat sebagai faktor utama kepada penurunan ini yang telah menjejaskan keyakinan pengguna dan perniagaan. Ini sekali gus turut memberi impak kepada  negara-negara yang terdedah secara langsung kepada permintaan domestik China terutamanya barangan perkilangan.

Pengurangan ini dapat dilihat dalam data terbaharu yang ditunjukkan di mana Jerman dan Korea Selatan mengalami defisit perdagangan luar biasa dengan China pada bulan lepas.

Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila Beijing beralih kepada pembuatan kenderaan elektrik dan rantaian bekalan EV lebih berpusat di China, seterusnya mengurangkan permintaan untuk alat ganti kereta dari negara seperti Korea Selatan.

Bagaimanapun, pertumbuhan eksport China kekal kukuh dengan pemrintaan daripada Eropah dan Amerika Syarikat yang masih bertahan dan lonjakan semula dalam aktiviti pelabuhan selepas Shanghai melonggarkan sekatan mendorong lebihan dagangan meningkat $98 bilion pada Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat