Keliru Juga Tengok Sentimen Pasaran Hari Ini! Apa Dah Jadi?

439

Kebimbangan pasaran terhadap varian baharu Covid-19 mula mereda dan mendorong matawang utama untuk mencatatkan peningkatan pada sesi New York, namun kembali didagangkan berhati-hati pada awal sesi Asia.

Sentimen pasaran telah dibantu oleh kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang berusaha meredakan kebimbangan mengenai mutasi virus terbaru yang dikesan di UK.

Dalam satu sidang media pada hari Isnin, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO mengatakan bahawa varian baharu itu berada dalam keadaan terkawal dan ia boleh dibendung dengan penggunaan langkah kesihatan sedia ada.

Ini sedikit sebanyak memberi kelegaan buat pelabur, tetapi pasaran tetap berwaspada dan bimbang dengan kesan terhadap pemulihan ekonomi disebabkan sekatan lebih ketat dan sistem penerbangan yang terjejas susulan penutupan sempadan oleh banyak negara dari UK.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama kekal stabil meskipun jauh di bawah dari puncak tertinggi yang dicapai semalam.

Pergerakan kebanyakan matawang utama pula agak terbatas pada sesi Asia ketika para pelabur menantikan keputusan undian rang undang-undang rangsangan Amerika Syarikat oleh Dewan Perwakilan hari ini.

Proses pengundian rang undang-undang masih lagi berlangsung di Dewan dengan majoriti bilangan undian dilihat mempunyai peluang besar diluluskan. Jika lulus, rang undang-undang tersebut akan dibawa kepada Senat untuk diundi.

Matawang pound sedikit susut selepas melonjak ke paras harga 1.34000 semalam, masih ditekan oleh kebimbangan terhadap kesan ekonomi UK susulan pelaksanaan sekatan lebih ketat dan ketidakpastian Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat