Keluarga Diraja Eropah Dijangka Akan Melabur Dalam Matawang Crypto

961

Berdasarkan laporan CNBC, putera mahkota Liechtenstein telah menyatakan hasrat beliau untuk melabur dalam bitcoin. Menurut Putera Alois, blockchain dan matawang crypto seperti bitcoin dilihat berpotensi untuk menambahkan kekayaan keluarga beliau dan negara kecil Liechtenstein.

” Dalam era ekonomi teknologi baharu, matawang crypto dan blockchain adalah perkara yang harus diberi perhatian pada saat ini dan masa akan datang.” Putera Alois.

Liechtenstein merupakan salah sebuah negara kecil yang menggunakan bahasa Jerman di Eropah. Liechtenstein memiliki populasi sekitar 40.000 orang. Sebahagian besar kerajaan tersebut datang dari sumber tax haven. Liechtenstein sedang berusaha untuk menjadi sebagai pusat kewangan yang sah.

Putera tersebut berpendapat walaupun matawang crypto masih “sangat berisiko” namun teknologi yang mendasarinya dapat digunakan untuk melicinkan pentadbiran dengan lebih baik.

“Blockchain dapat mengubah banyak perkara, bahkan teknologi tersebut dapat mendorong negara kita beroperasi dengan lebih efisien.”

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat