Kemajuan Brexit Dipertikai! Dah Kenapa Pula Dengan UK?

218

Ketua perunding EU melaporkan pada hari Khamis bahawa telah ada kemajuan yang baik dalam rundingan perdagangan dengan Britain. Antara objektif utama rundingan pada minggu adalah untuk mencegah berlakunya krisis Brexit sebelum 31 Disember. Walaubagaimanapun, salah seorang pegawai Britain memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak masih jauh dalam mencapai persetujuan.

Sejak akhir ini dilaporkan bahawa rundingan semakin giat dijalankan dan hal ini telah berjaya meningkatkan optimisme bahawa kesepakatan dapat dicapai bagi memastikan jumlah dagangan yang bernilai 1 trilion bebas dari tarif dan kuota selepas 31 Disember.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.62% berbanding US dolar pada paras tukaran 1.3590 setakat jam 10.00 p.m. Menurut menteri dalam negeri Priti Patel bahawa rundingan sudah berada pada tahap kemuncak. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson kini sudah sampai masanya untuk memutuskan sama ada untuk menerima perjanjian yang ditawarkan oleh EU atau memilih untuk meletakkan UK dalam keadaan yang lebih berisiko.

Menurut ketua perunding EU, Michel Barnier, setakat ini telah ada kemajuan yang baik namun tidak menidakkan bahawa masih terdapat halangan terakhir yang perlu ditempuhi. Terdapat kenyataan dari pihak EU bahawa perselisihan masih tertumpu pada isu perikanan dan beberapa masalah kecil. Manakala, kenyataan dari pihak UK bahawa pihak perunding UK berpendapat mereka masih jauh dalam mencapai persetujuan kerana tidak melihat ianya berbaloi setakat ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat