Kemajuan Reformasi Cukai US, Wall Street Ditutup Tinggi- Saham Asia dan Malaysia Dibuka Tinggi

79

Bursa saham Asia pada hari Isnin dibuka naik dalam sesi dagangan Asia didorong oleh penutupan yang tinggi di Wall Street berikutan sikap optimis pelabur terhadap kemajuan reformasi cukai.

Indeks Nikkei 225 Jepun naik 1.15% persen pada awal sesi didorong peningkatan saham perbankan. Saham blue-chips teknologi dan pengeluar kenderaan mobil juga mencatat peningkatan. Saham Toyota naik 2.37% persen, Sony naik 2.22% dan SoftBank naik 1.14%.

Indeks meluas Topix naik 0.76% kepada 1,807.03.Indeks Kospi Korea mengalami sedikit tekanan, diperdagangkan 0.08%, peningkatan tipis. Saham Samsung Electronics, mencatat peningkatan 0.36%. Manakala saham kenderaan, Hyundai Motor jatuh.

Di Australia, S&P/ASX 200 naik 0.64% didorong peningkatan sumber cari gali. Saham perbankan menunjukan peningkatan dengan ANZ meningkat naik 1.91%.

Indeks saham Hang Seng dan Shanghai juga mencatat peningkatan dalam pasaran.

Bursa Malaysia juga dibuka tinggi, berikutan peningkatan pembelian saham modal kecil.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka pada 1,755.00, meningkat 1.93 mata berbanding 1,753.07 pada penutupan Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat