Kemana Hilangnya Semangat Matawang Utama Dalam Sesi Asia?

49

Yen melemah pada hari ini berikutan pelabur amat menantikan pengumuman dasar bank pusat sebagai medium penting untuk penjelasan dasar.

USD/JPY didagang melonjak kepada 0.02%, manakala AUD/USD meningkat 0.03%.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Mesyuarat hari ini dianggap penting untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai program pelongaran dasar termasuk pemotongan kadar ke dalam wilayah negatif, program pembelian asset oleh kerajaan, serta peraturan baru untuk pembelin bon didalam pasaran.

Bank of Japan (BoJ) sebelum ini telah melaksanakan kadar faedah yang bernilai negatif serta mencetak wang bernilai $750 billion setahun untuk merangsang inflasi.

Juga di Jepun, data imbangan perdagangan bagi bulan Ogos dikeluarkan semalam dan dicatat tersasar dari ramalan.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar kali terakhir dinilai pada 95.97.

Semalaman, US Dollar kekal stabil berbanding matawang utama yang lain selepas pengumuman data sektor perumahan AS.

Jabatan Perdagangan AS melaporkan penurunan data perumahan sebanyak 5.8% berbanding bulan Julai. Bilangan permit perumahan yang dikeluarkan turut mendapat nasib yang sama apabila menurun sebanyak 0.4%.

Anda mahu ke Nova Scotia dan tinggal disana secara percuma? Baca artikel ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat