Kembar Winklevoss Yakin Ethereum (ETH) Akan Cecah $40,000!

1,622

Kembar Winklevoss yang juga pengasas bersama platform kripto, Gemini meramalkan Ethereum (ETH) akan mencecah paras harga pada $40,000 untuk jangka masa yang lama, diikuti dengan andaian sasaran harga, $5,000 dan $10,000 pada hujung tahun ini.

Pada awal bullish tahun ini, Kembar Winklevoss agak skeptikal dengan prestasi Ethereum. Kedua-duanya menganggarkan nilai ETH akan mencapai di paras $1,400, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 2017.

Bagaimanapun, ETH sebaliknya melonjak ke paras yang lebih tinggi daripada jangkaan mereka, merekod ATH terbaru pada lebih $4,300 (12 Mei 2021) sebelum menyusut kerana keruntuhan pasaran kripto.

Ketika penulisan, harga ETH kembali pulih dengan nilai semasa $2,684, meningkat hampir 3% dalam 24 jam.

Maka tidak mustahil jika Ethereum mampu mencecah ke paras $5,000 dan $10,000 menjelang hujung 2021.

Bagaimanapun, Ethereum akan terperangkap dalam perangkapnya sendiri jika kos transaksi kembali meningkat. Ketika itu, projek berpotensi seperti Solana (SOL) atau Tezos (TZS) akan mengambil kesempatan.

Kembar Winklevoss menyifatkan pemilikan ETH bermakna pelabur membeli sebahagian daripada projek dan protokol yang dibina di atasnya, Ia sama seperti membeli tanah yang kosong dan pelbagai projek dibina di atasnya, mendorong kepada peningkatan nilai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat