Kemelut Politik Negara, RM43.4 Bilion Hilang Dari Bursa Malaysia!

2,804

Kemelut politik Malaysia yang membadai sejak Ahad telah mencetuskan panik di kalangan pelabur sekali gus mengheret jatuh pasaran di bursa tempatan dan ringgit pada Isnin.

Penjualan yang dilakukan telah menghapuskan modal pasaran sebanyak RM43.4 bilion daripada Bursa hanya dalam masa satu hari.

Terdapat 1,015 kaunter rugi dan 138 kaunter untung manakala 222 pula kaunter tidak berubah, dengan sebanyak 4.03 bilion saham yang bernilai RM3.91 bilion telah diniagakan di Bursa Malaysia semalam.

Kesemua indeks di Bursa juga memperlihatkan aliran negatif, di mana Indeks Pembinaan Bursa Malaysia antara yang paling teruk terjejas dengan penurunan sebanyak 6.07% atau 12.6 mata kepada 194.81.

Kemelut politik mencapai kemuncaknya semalam apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan mengejutkan dengan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu ekoran kecewa dengan percubaan beberapa pihak untuk mengkhianati kerajaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilantik sebagai Perdana Menteri interim setelah Yang di-Pertuan Agong memperkenankan peletakan jawatannya semalam sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru.

Indeks penanda aras FBM KLCI menjunam di bawah tahap 1,500 dan melebihi paras terendah harian pada 1,486.71 mata iaitu merupakan paras terendah dalam tempoh hampir 9 tahun.

Dagangan di Bursa diakhiri dengan KLCI ditutup rendah 41.14 mata atau 2.69% kepada 1,490.06.

Selain itu, ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding US dolar selari dengan kelemahan dalam pasaran ekuiti tempatan, dan juga dipengaruhi oleh pengukuhan USD ekoran kebimbangan terhadap wabak coronavirus yang berterusan.

Ketika ditutup pada jam 6 petang semalam, matawang tempatan menyusut kepada 4.2240/2270 berbanding USD.

Sumber: The edge markets

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat