Kemenangan Luar Biasa Taiwan Hapuskan Bayangan China!

687

Taiwan hari ini berpuas hati apabila campur tangan Kesatuan Eropah (EU) akhirnya menoktahkan status Taiwan sebagai negara bukan milik China.

Secara tidak langsung, kemenangan Taiwan ini merupakan satu kemenangan yang luar biasa ketika kuasa China masih mencengkam kebanyakkan dagangan dunia.

Sebelum ini Taiwan dilaporkan nekad untuk menukar pasport baru bermula 2021 gara-gara mahu bebas dari bayangan China.

Mana tidaknya, China tanpa segan silu telah melipatgandakan usaha, memastikan beberapa kumpulan dan syarikat antarabangsa untuk merujuk Taiwan sebagai sebahagian daripada China di laman web termasuk dokumen rasmi.

Taiwan semakin baran dan tidak senang duduk apabila Global Covenant of Mayors for Climate and Energy di Brussels menyenaraikan enam bandar Taiwan sebagai hakmilik China pada minggu lepas.

Susulan daripada itu, enam datuk bandar yang terlibat mengemukakan surat terbuka, meminta penyenaraian tersebut ditarik semula.

Menteri Luar Negeri Taiwan, Joseph Wu menjelaskan kesemua bandar di Taiwan merupakan sebahagian daripada Chinese Taipei, nama yang digunakan Taiwan bagi urusan diplomatik seperti Olimpik bagi mengelakkan sekatan penyertaan dari pulau itu.

Walaupun campur tangan EU membawa khabar gembira kepada Taiwan, namun negara-negara ahli EU sehingga kini memilih untuk mendiamkan diri, khuatir jika tindakan tersebut mengecewakan China, rakan dagang kedua terbesar mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat