Kemerosotan Penjualan Di Pasaran China & AS Lumpuhkan Cita-Cita Nike

464

‘Ingat lepas pandemik boleh meledak semua jenama ni, sekali jatuh lagi pulak.’

Gergasi peruncitan barangan sukan, Nike mencatat keputusan suku tahunan yang lemah disebabkan penurunan hasil penjualan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).

Bagi suku yang berakhir 31 Mei, keuntungan dicatat Nike adalah sebanyak $1.4 bilion iaitu menurun 5% dari tempoh sama tahun lepas sementara pendapatannya menyusut 1% pada $12.2 bilion.

Ia secara tidak langsung memaksa syarikat untuk menurunkan unjuran pertumbuhan pendapatan sederhana semasa berlakunya pengukuhan dolar, lonjakan inflasi dan halangan lain.

Menurut nota Niel Saunders dari GlobalData, persekitaran AS Utara yang mencabar telah memaksa sesetengah pengguna mengurangkan pelaburan penggunaan manakala isu sekatan di China pula ‘mengubah corak perbelanjan pengguna’.

Tambah nota itu lagi, penarikan diri dari pasaran Rusia sedikit sebanyak turut memberi kesan walaupun pasaran Moscow tidak menjadi penyumbang tersebar kepada pendapatan syarikat.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Nike Matthew Friend, berkata bahawa syarikat akan terus awasi kelakuan pengguna disebalik ‘inflasi’ dan menggunakan pendekatan terbaik dalam menyesuaikan diri dengan polisi di China.

Friend juga meramalkan hasil bagi suku mendatang akan kekal mendatar atau menaik sedikit, memandangkan dolar mengukuh di pasaran meluas dan kesan berterusan kos pengangkutan serta pelaburan rantaian bekalan.

Pada sisi berbeza, saham Nike berundur dari keuntungan untuk ditutup rendah 3% pada $107.20 ketika sesi dagangan AS semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat