Kena Scam Kripto Di YouTube, Duit Simpanan Setengah Juta Lelaki Kanada Ini Lesap!

233

“Asyik kena scam je penat la macam ni.”

Seorang penduduk Meaford, Ontario yang bernama Stephen Carr hilang keseluruhan simpanan hidupnya bernilai $500,000 selepas ditipu dalam skim mata wang kripto di YouTube.

Dilaporkan bahawa penipu telah memperdayakan mangsa melalui laman web perkongsian video yang melihat individu terkenal seperti Elon Musk, Steve Wozniak, Bill Gates dan Kanye West mempromosikan pelaburan kripto.

Melalui penerangan Carr, beliau telah melabur sebanyak $250 dan diteruskan dengan $2,500 selepas menonton video penipu tersebut di YouTube yang menjanjikan keuntungan lumayan jika melabur dalam projeknya.

Tambahnya itu, Carr sekali lagi melabur hampir $500,000 antara Oktober 2022 hingga Januari 2023 susulan beliau sungguh percaya projek tersebut adalah sah.

Pun begitu tidak lama kemudian, Carr mula berasa curiga apabila penipu itu menyuruhnya membayar yuran $150,000 sekiranya ingin mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan beliau bernilai $1.3 juta.

Namun beliau tetap menuruti arahan penipu tersebut yang menyatakan bahawa Carr haruslah menjual rumahnya untuk mengatur semula kehidupannya, di mana beliau dapat memperoleh keuntungan yang dijanjikan itu tetapi ia hanyalah penipuan semata-mata.

Secara keseluruhannya, Carr telah berkongsi kisah pahit yang ditimpanya supaya individu lain berwaspada dan tidak menghadapi penipuan berjuta dolar sama seperti beliau.

Selain itu, Jason Tschetter, seorang penduduk Alberta melancarkan sebuah organisasi yang membantu mangsa mendapatkan semua dana mereka selepas beliau turut ditipu dalam skim serupa pada tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat