Kenaikan GBP/USD Terhalang Di Zon $1.3650 Sebelum Buat Penurunan Semula

445

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD gagal untuk melonjak lebih tinggi selepas pamerkan corak kenaikan sebelumnya ekoran tekanan pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Harga telah menunjukkan kenaikan namun bergelut untuk melepasi zon rintangan pada 1.36500 ketika lonjakan yang berlaku pada awal sesi New York semalam susulan reaksi pasaran terhadap data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Namun pada penghujung sesi New York, US dolar yang kembali mengukuh semula telah kembali membenam harga dari zon rintangan 1.36500 menuju ke zon sokongan 1.35700.

Data inflasi UK yang diterbitkan ke paras tertinggi 30 tahun nampaknya gagal untuk menyuntik pengukuhan Pound pada minggu ini.

Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut memberi isyarat untuk pergerakan trend bearish bakal diteruskan.

Reaksi harga pada zon sokongan pada 1.35700 akan memberi isyarat pergerakan harga seterusnya sama ada bakal berlaku penurunan lebih rendah atau sebaliknya.

Untuk penurunan lebih rendah, zon sokongan pada 1.35000 akan menjadi tumpuan awal sebelum penurunan yang diteruskan berkemungkinan akan mencecah paras sekitar 1.34000 pula.

Namun jika US dolar kembali kehilangan momentum pengukuhan, kenaikan harga bakal berlaku dan zon rintangan 1.36500 bakal diuji semula.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan menuju semula paras ketinggian pada 1.37400 yang menjadi zon rintangan diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat