Kenaikan Harga EUR/USD Terbantut Menjelang Mesyuarat ECB

464

Prestasi dagangan US dolar dilihat agak tidak menentu dalam pasaran namun penganalisis masih melihat kecenderungan untuk mata wang utama tersebut terus susut dengan sentimen ekonomi yang semakin pulih.

Pasaran saham AS juga menyaksikan indeks S&P 500 memanjat ke paras tertinggi terbaru menambahkan lagi keyakinan para pelabur sementara memberi tekanan terhadap US dolar.

Walau bagaimanapun, US dolar pada sesi New York semalam telah pamerkan pengukuhan berbanding mata wang utama sebelum kembali bergerak lemah semula pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis).

Mata wang Euro juga bakal berisiko untuk didagangkan pada hari ini menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB).

Seperti yang dilihat pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang membuat kenaikan sehingga ke zon SBR (support become resistance) 1.21500 kembali menjunam semula di bawah paras 1.20900 semalam.

Namun kenaikan harga dipamerkan smeula dan harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan akan memberikan isyarat kenaikan harga semula.

Kenaikan yang diteruskan akan kembali menguji zon SBR 1.21500 sebelum kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon SBR seterusnya pada 1.22200.

Sekiranya harga jatuh lebih rendah pada hari ini, zon sokongan harga sekitar 1.20900 akan diuji sekali lagi.

Penurunan lebih rendah harga yang berterusan berpotensi mencecah sehingga ke paras tumpuan 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat