Kenaikan Harga Minyak Terhenti, Data Bekalan AS Dinanti

459

Dagangan minyak mentah berehat daripada meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan tumpuan kini terarah kepada pengeluaran data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat oleh Institut Petroleum Amerika (API).

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $85.38 setong, susulan penyusutan 0.2% pada awal sesi.

Sementara penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $83.86 setong, sedikit susut dari paras ketinggian terbaru yang dicapainya pada sesi sebelum ini. $85.05 setong.

Walaupun tekanan dalam pasaran arang batu telah mula mereda selepas campur tangan oleh kerajaan, tetapi harga tenaga kekal tinggi berikutan permintaan yang meningkat menjelang musim sejuk.

Goldman Sachs sebelum ini telah mengeluarkan ramalan bahawa dagangan minyak mentah Brent dijangka akan meningkat kepada $90 setong pada akhir tahun. Ia menganggarkan peralihan pengguna daripada gas kepada minyak mungkin menambah 1 juta tong sehari kepada permintaan minyak.

Pelabur akan meneliti laporan bekalan minyak mentah AS pada minggu ini yang dijangka akan meningkat, tetapi inventori petrol dan penyulingan diramalkan menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat