Kenaikan Inventori Minyak Mentah di AS Meleburkan Usaha OPEC Bagi Membendung Lebihan Bekalan

44

Harga minyak meningkat pada Khamis kerana didorong oleh kelemahan US Dollar. Namun begitu, kenaikan minyak agak terhad berikutan isu lebihan pasaran yang masih membelenggu pasaran global walaupun OPEC dan pengeluar utama telah mengikat perjanjian untuk membekukan bekalan.

Brent mentah yang juga penanda aras bagi harga minyak antarabangsa diniagakan meningkat sebanyak 36 sen kepada $55.44 setong.

WTI mentah pula melonjak sebanyak 32 sen dalam sesi ini.

Kebanyakan peniaga berkata bahawa kenaikan bagi komoditi ini adalah disebabkan oleh kelemahan US Dollar yang telah kehilangan 3.9 peratus dari puncak tertinggi pada bulan Januari.  Minyak merupakan komoditi yang dinilai berbanding US Dollar, jadi, kelemahan US Dollar merangsang permintaan bagi minyak mentah.

Namun begitu, kenaikan harga minyak agak terbantut selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) menunjukkan peningkatan sebanyak 2.84 juta tong terhadap inventori minyak mentah. Angka ini menjadikan kenaikan sebanyak 6.3 peratus sejak pertengahan tahun lalu.

Dalam masa yang sama, EIA juga menganggarkan bahawa inventori minyak mentah dan cecair lain bakal meningkat sebanyak 2.0 juta tong sehari pada suku keempat tahun 2016 kerana didorong oleh peningkatan dalam pengeluaran.

Kenaikan inventori Amerika Syarikat dianggap sebagai meleburkan rancangan OPEC dan non-OPEC untuk mengurangkan inventori minyak mentah sebanya 1.8 juta tong sehari dalam tempoh separuh pertama tahun 2017.

Ini Punca US Dollar Bergelut di Paras Terendah dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat