Kenaikan Jumlah Inventori Minyak Mentah Rasmi dari AS Mengganggu Ketenangan Perjanjian OPEC!

42

Laporan pertambahan inventori minyak mentah Amerika Syarikat dan kenaikan jumlah bekalan telah menghantar minyak mentah ke paras terendah pada Khamis.

WTI mentah diniagakan pada $52.18 setong, merosot 7 sen dari sesi sebelum ini.

Harga minyak Brent yang juga merupakan penanda aras bagi Brent antarabangsa dinilai pada $55.06 setong, menyusut sebanyak 4 sen.

Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS semalam menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 juta tong kepada 483.11 juta tong.

Syarikat penapisan minyak Amerika Syarikat mengeluarkan kira-kira 17.1 juta tong sehari.

Menurut ANZ Bank, peningkatan jumlah inventori ini seiring dengan pertambahan permintaan yang tidak dijangka oleh pasaran.

Di luar Amerika Syarikat, pemotongan bekalan minyak mentah telah mula dijalankan oleh pengeluar utama seperti Arab Saudi dan Russia.

Walaupun telah merancang pengurangan bekalan ke China, India dan Malaysia, pengeksport minyak mentah terbesar dari Arab Saudi lebih cenderung untuk mengurangkan bekalan ke Eropah dan Amerika Syarikat bagi melindungi kepentingan pelanggan di Asia.

BMI Research mengeluarkan kenyataan bahawa pematuhan perjanjian oleh OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain dinilai sebagai positif dengan pematuhan sekitar 73 peratus.

Kerjasama yang kuat juga telah diberikan oleh Majlis Kerjasama Teluk yang turut disertai oleh Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman.

Emas Sedikit Terjunam Setelah US Dollar Pulih Dari Sell-Off Besar-Besaran Semalam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat