Emas Sedikit Terjunam Setelah US Dollar Kembali Pulih dari Sell-Off Besar-Besaran Semalam!

40

Harga emas susut dalam sesi Asia pada Khamis apabila US Dollar pulih dari sell-off besar-besaran selepas Presiden Donald Trump mengadakan sidang media malam semalam.

Kenyataan yang amat dinanti-nantikan pasaran itu dikatakan agak mengecewakan apabila ucapan beliau gagal menempatkan sebaran butiran bagi dasar ekonomi yang bakal diterapkan dalam pentadbiran beliau nanti.

Emas bagi penghantaran Februari di Comex menyusut sebanyak 0.07 peratus kepada $1,195.75 satu troy ounce, manakala copper futures meningkat 0.50 peratus kepada $2,613 sepound.

Dalam sesi ini, US Dollar Index berubah kepada $101.69 selepas jatuh kira-kira $101.46 semalam. Kejatuhan US Dollar memberi sokongan buat logam berharga terutamanya buat pembeli utama global dari China dan India.

Selepas sidang media semalam, pasaran mengalihkan tumpuan kepada ucapan Janet Yellen pada Khamis bagi sebarang petunjuk mengenai kenaikan kadar.

Semalam, harga emas meningkat kepada tahap tertinggi dalam tempoh 6 minggu akibat kelemahan US Dollar.

Dalam ucapan semalam, Trump sempat menjadikan sektor farmaseutikal Russia sebagai sasaran dan mengancam untuk membawa balik pekerjaan dari sana pulang ke AS. Trump akan dilantik secara rasmi sebagai presiden AS pada 20 Januari ini.

Selain ucapan Yellen, pasaran juga bakal menumpukan perhatian terhadap data runcit AS yang bakal dikeluarkan pada Jumaat.

 

Pertumbuhan Ekonomi China Stabil Buat Permulaan 2017 : Perancang Ekonomi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat