Kenaikan Kadar Inflasi Kanada Terbatas, Apa Yang Terjadi Pada CAD?

324

Kadar inflasi tahunan Kanada dilaporkan merosot pada bulan Jun berikutan kesan daripada pembukaan semula ekonomi yang telah menolak harga pengguna ke bawah.

Indeks harga pengguna Kanada meningkat 3.1% dari tahun ke tahun pada bulan Jun berdasarkan laporan dari Jabatan Statistik Kanada. Walaubagaimanapun, angka tersebut bertumbuh dengan perlahan jika dibandingkan pada bulan Mei yang mencatat kenaikan 3.6% setahun. Bacaan pada bulan Jun ini juga sedikit tersasar dari jangkaan pasaran yang mensasarkan kenaikan 3.2% pada bulan Jun.

Berdasarkan kiraan bulan ke bulan, harga pengguna naik 0.3% pada bulan Jun. Matawang CAD menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.12% kepada paras dagangan 0.7945 berbanding US dolar.

Tumpuan pasaran terarah pada minit mesyuarat FOMC. Sebarang perubahan akan membawa kesan terhadap pair USD/CAD. Inflasi menjadi satu indikasi penting yang menjadi perhatian pada ketika ini. Justeru pasaran kebiasaanya berpendapat kenaikan inflasi akan mengubah skrip Bank Pusat terhadap inflasi yang cenderung beranggapan bahawa kenaikan inflasi ini hanyala sementara.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat