Kenaikan Stok AS Gagal Beri Kesan Pada Harga Minyak!

196

Harga minyak kembali memaparkan pemulihan dengan kembali melonjak di atas paras harga $70 setong, walaupun telah dikejutkan dengan laporan mengenai bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah meningkat sebanyak 2.11 juta tong pada minggu lalu. Ini merupakan kenaikan pertama yang dicatatkan sejak akhir bulan Mei.

Penurunan dalam stok petrol pada minggu lalu juga lebih kurang daripada dijangkakan, dengan hanya 121,000 tong berbanding jangkaan untuk menurun sebanyak 1.04 juta tong.

Pada awal sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil di sekitar harga $72.02 setong, selepas mencatatkan kenaikan 4.2% pada sesi sebelumnya.

Sementara itu, dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $72.02 setong, menyusuli peningkatan 4.6% yang dicatatkan sesi sebelum ini.

Peningkatan ini dilihat didorong oleh penyusutan US dolar yang menjadikan harga minyak mentah lebih murah bagi pemegang matawang utama lain.

Kedua-dua penanda aras telah merosot dengan ketara pada hari Isnin, selepas OPEC+ bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 400,000 tong sehari mulai bulan Ogos hingga Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat