Kenaikan Terbatas, GBP/USD Tersangkut Di Paras $1.2700!

273

Corak kenaikan yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD sebelum ini dilihat terbantut selepas tersekat di paras rintangan 1.27000.

Pemulihan semula US dolar dari kemerosotan sebelum ini telah memadamkan momentum pergerakan trend menaik harga.

US dolar sebelum ini ketara melemah selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan angka yang menurun, menepati ramalan pasaran.

Namun, jangkaan untuk US dolar melemah sehingga ke penghujung minggu meleset apabila berlaku perubahan arah dagangan semalam.

Pada carta GBP/USD, kenaikan yang dipacu naik melepasi paras 1.26000 sebelum ini telah mencapai paras sasaran pada ketinggian 1.27000.

Namun, paras tersebut menjadi rintangan buat harga apabila gagal dilepasi dan kemudiannya harga mula melantun turut semula.

Penurunan harga semalam mencecah sekitar 1.26430 namun masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Sekiranya harga susut lebih rendah di bawah garisan sempadan itu, akan menjadi isyarat awal kepada pelabur untuk penurunan harga yang berterusan.

Paras terhampir bakal dicecah harga adalah pada 1.26000 sebelum melanjutkan penurunan lebih rendah lagi.

Sementara, jika harga yang menguji garisan MA50 kembali melantun naik semula, rintangan pada paras 1.27000 akan cuba untuk ditembusi sebelum harga catatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran seterusnya adalah untuk harga menuju zon tumpuan pada sekitar 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat