Kenali Decentraland (MANA), Ruang Realiti Maya (VR) Cerminan Dunia Realiti

757

Sejak kebelakangan ini, merata-rata orang membicarakan tentang Decentraland (MANA). Yang terbaru, pembelian tanah di Decentraland bernilai RM13.4 juta.

Masuk akal ke?

Fahami dulu apa itu Decentraland (MANA)

  • LATAR BELAKANGNYA
    • Diperkenalkan pada 2017, oleh Esteban Ordano dan Ariel Meilich.
    • Dibangunkan di rangkaian Ethereum.
    • Mewakiliki ekosistem realiti maya (VR) di mana manusia boleh beli tanah di situ.
    • Setiap tanah atau item di dalam Decentraland diwakili dengan non-fungible token (NFT).
    • Merupakan platform maya pertama yang membolehkan penggunanya memiliki kawalan penuh di seluruh ekosistem.
    • Pengguna boleh bermain games, berkomunikasi, mengawal, menjana keuntungan, dan membangunkan aplikasi di Decentraland sama seperti yang diusahakan daalam dunia realiti selagi mana rangkaian memberi kebenaran.
  • TOKEN NATIFNYA
    • LAND
      • NFT yang mewakili lot tanah yang wujud dalam Decentraland.
      • Pengguna yang memiliki tanah tersebut boleh membuat apa sahaja: cipta games, pelbagai jenis aplikasi dan perkhidmatan seperti: kewangan, pembelajaran, pelancongan, profesional, ruang 3D, atau mungkin galeri koleksi kegemaran.
      • Kelompok LAND pula dikenali sebagai Districts, di mana menempatkan komuniti yang berkongsi tema yang sama.
      • Contohnya: District khusus untuk pendukung kripto yang menempatkan aplikasi dan perkhidmatan mata wang kripto.
      • Pengguna perlu mengundi terlebih dahulu di aplikasi desentralisasi (dApp) pengundian, Agora untuk menghasilkan District.
      • Mata wang kripto Decentraland.
      • Digunakan untuk membeli lot atau LAND.
    • MANA
      • Mata wang kripto Decentraland.
      • Merupakan token berdasarkan ERC-20.
      • Penggunaan MANA untuk pembelian LAND, termasuk membayar perkhidmatan dan barangan.
      • Menariknya, setiap kali pengguna membeli LAND, Decentraland akan membakar MANA yang digunakan untuk pembayaran atau pembelian tersebut.
      • Konsep ini menjadikan bekalan MANA sangat terhad.
      • Perlu diingatkan, MANA hanya untuk Decentraland dan tidak boleh digunakan dalam dunia maya yang lain seperti The Sandbox.
      • Ketika penulisan, jumlah bekalan MANA mencecah 2.19 bilion dan sebanyak 1.82 bilion MANA berada di dalam kitaran.

Berminat untuk dapatkan ‘tanah’ atau apa-apa item di dalam Decentraland?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah dapatkan MANA terlebih dahulu di mana-mana bursa kripto seperti Binance, Coinbase, Huobi, dan KuCoin.

Mungkin boleh kongsikan pengalaman anda menjadi tuan tanah Decentraland di ruang komen Facebook atau Twitter.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat