Kenali Gala Games (GALA), Permainan Blockchain Diinspirasikan Oleh Zynga

1,548

Selepas token metaverse: The Sandbox (SAND) dan Decentraland (MANA) mendapat perhatian sepanjang November 2021, ramai pelabur mula mencari token-token berpotensi bagi mendapatkan pulangan besar dengan projek-projek menjaminkan.

Pernahkah anda mendengar Gala Games yang dikuasakan oleh token natifnya, GALA?

Ekosistem Gala Games

Gala Games merupakan idea pengasas bersama Zynga, Eric Schiermeyer. Ia dilancarkan pada Julai 2019 dengan misi “blockchain games you’ll actually want to play”.

Ini bermakna ia merupakan sebuah blockchain permainan berasaskan non-fungible token (NFT) yang dibangunkan di rangkaian Ethereum.

Sama seperti Axie Infinity, Gala Games juga merupakan kategori permainan berkonsepkan play-to-earn (P2E).

Berdasarkan rekod bertarikh 3 Disember 2021, komuniti Gala Games berkembang sehingga 1.3 juta pengguna aktif bulanan dengan 26,000 NFT berjaya dijual.

Menariknya tentang Gala Games, ia memayungi beberapa permainan lain: Town Star, Echoes of Empire, Spider Tanks, Mirandus, dan Fortified.

Sama seperti Zynga yang menawarkan permainan Cafe Ville, Farmville, Poker, dan Mafia Wars.

Token GALA

  • Dilancarkan tanpa penawaran syiling permulaan (ICO) dan pelabur juga ketika itu tidak boleh membelinya di Gala Games.
  • GALA hanya boleh didapati dengan cara menjalankan nod pengasas, bermakna pengguna perlu membeli Founder’s Node terlebih dahulu.
  • Merupakan token utiliti yang menguasai ekosistem Gala Games.
  • Digunakan untuk:
    • Pembelian keperluan atau item di dalam koleksi permainan Gala Games.
    • Pembayaran peer-to-peer (P2P).
    • Tawaran ganjaran kepada operator nod.
  • GALA mula bersiaran di ekosistem tersebut pada September 2020.
  • Gala Games menggunakan penghubung p.Network untuk membolehkan GALA turut beroperasi di Binance Smart Chain (BSC).
  • GALA boleh digunakan di dalam semua permainan yang ditawarkan oleh Gala Games sahaja, tidak untuk kegunaan ekosistem lain.
  • Nilai pasaran GALA ketika artikel ini ditulis mencecah $3.5 bilion dan ia didagangkan pada $0.52 seunit.
  • Bekalan token ini pula hanya terhad pada 35.2 bilion GALA dan sebanyak 6.98 bilion GALA berada di dalam kitaran bekalan semasa.
  • Pembelian token boleh dibuat di beberapa bursa kripto: Binance, Coinbase, KuCoin, dan Crypto.com.

Founder’s Node dan ekosistem Gala Games

  • Merupakan tulang belakang kepada ekosistem Gala Games.
  • Terhad hanya kepada 50,000 nod sahaja.
  • Pengguna (merujuk kepada pemain) yang menjalankan Founder’s Node secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem ini.
  • Pemain juga memiliki pemilikan yang sebenar terhadap aset dan kandungan mereka di dalam Gala Games.
  • Bagi mereka yang berminat untuk dapatkan Founder’s Node boleh lawati laman web rasmi Gala Games.

Firma ini merancang untuk melancarkan lebih banyak permainan yang akan menggunakan GALA. Jadi, tidak mustahil melalui penyertaan pelabur dan pemain ke dalam permainan yang ditawarkan, harga GALA turut akan meningkat.

Rekod sepanjang 2021 sangat cemerlang untuk GALA. Pergerakan harganya juga luar biasa dengan lonjakan lebih 81,000% bagi rekod year-to-date (YTD).

Kali terakhir GALA mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) adalah pada 26 November 2021. Adakah GALA akan pamerkan prestasinya sekali lagi pada masa hadapan? Nantikan!

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat