Kenali Kripto: Cosmos (ATOM), ‘Internet of Blockchains’

803

Cosmos (ATOM) sejak kebelakangan ini berkali-kali menonjolkan prestasinya sebagai salah satu daripada lambakan matawang kripto yang ada.

Perkara paling utama anda perlu tahu, Cosmos (ATOM) dan Atomic Coin (ATOM) bukanlah projek yang sama. Atomic Coin telah bubar sebagai exit scam pada awal 2018.

Trivia Cosmos (ATOM)

  • Syarikat yang bertanggungjawab penubuhannya ialah Tendermint Inc (dulunya dikenali sebagai Al In Bits Inc).
  • Dibangunkan bersama algoritma konsensus Tendermint pada 2014 oleh Jae Kwon dan Ethan Buchman.
  • Dilancarkan pada Mac 2019 dengan sokongan daripada pertubuhan bukan untung (non-profit organization), The Interchain Foundation (ICF).
  • Dikenali sebagai “internet of blockchains” dengan objektif mahu membina rangkaian blockchains yang boleh berhubung antara satu sama lain secara desentralisasi dan mengetengahkan empat aspek penting teknologi:
    • Skalabiliti
    • Saling kendali
    • Penggunaan
    • Pentadbiran
  • Memiliki 3 teknologi utamabagi menyokong objektifnya:
    • Tendermint
      • Dianggap sebagai tulang belakang rangkaian Cosmos dengan kehadiran Tendermint Byzantine Fault Tolerance (BFT)
      • Fungsi:membenarkan pembangun untuk membina blockchain berdasarkan proof-of-stake (PoS).
      • Mampu menangani 10,000 transaksi per saat bagi transaksi bersaiz 250 bytes.
    • Cosmos SDK
      • Merupakan teknologi yang membantu pembangun untuk membina aplikasi di atas blockchain yang berasaskan Tendermint.
    • Inter-Blockchain Communications (IBC)
      • Dipasangkan bersama Tendermint
      • Membolehkan pelbagai blockchains yang berbeza untuk bersatu dan berhubung antara satu sama lain.
      • Ini merupakan lapisan utama kepada token, data, dan pertukaran aset digital bagi keseluruhan blockchains.
  • Rekabentuk rangkaian Cosmos boleh dibahagikan kepada dua komponen:
    • Zon – yang berfungsi sebagai blockchains bebas
    • Hub – bertindak sebagai pusat blockchains terhubung
  • Token yang terdapat di rangkaian Cosmos ialah ATOM
    • Jumlah maksimanya, 279,433,922 ATOM
    • Bekalan kitaran semasa (ketika artikel ini ditulis): 221,649,318.52 ATOM
    • Digunakan sebagai koin staking dan pembayaran transaksi.
    • Tidak dilombong tetapi dihasilkan melalui algoritma hibrid PoS.
    • Boleh didapati di Binance, Coinbase, Huobi, dan KuCoin.

Setakat ini, mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan kemampuan Cosmos tetapi tahukah anda beberapa matawang kripto yang dikenali ramai seperti Binance Coin (BNB) dan Terra (LUNA) telah dihasilkan menggunakan Cosmos SDK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat