Kenali Kripto: Fantom (FTM), ‘Silent Killer’ Buat Ethereum, Cardano & Solana

3,150

Fantom (FTM) sejak awal 2021 mencatatkan peningkatan yang luar biasa dengan rekod lebih 13,000% sepanjang tahun dari paras terendah $0.017.

Tetapi apa keunikan Fantom sehingga harganya menggila dan digelar pesaing Ethereum (ETH) selepas Solana (SOL) dan Cardano (ADA).

Trivia Fantom (FTM)

  • Diuji pada Disember 2018 dan dilancarkan pada Disember 2019.
  • Merupakan platform kontrak pintar berasaskan directed acyclic graph(DAG).
  • Menggunakan teknologi mekanisme Lachesis Protokol yang mana akan berintegrasi dengan Fantom OPERA Chain dan mekanisme asynchronous byzantine fault tolerance(ABFT).
    • Fantom Opera Chain
      • Merupakan platform yang pantas dan selamat bagi pembangun untuk membina aplikasi desentralisasi (DApps).
      • Sepenuhnya permissionless dan berasaskan sumber terbuka.
      • Sesuai dengan Ethereum Virtual Machine (EVM) dan menyediakan sokongan penuh kontrak pintar menerusi Solidity.
      • Melaksanakan pengesahan transaksi menggunakan Proof-of-Stake tanpa pentadbir (leaderlessProof-of-Stake) bagi meningkatkan lagi sekuriti rangkaian.
  • Dibangunkan bagi tujuan untuk mengatasi keterhadan ciri blockchain generasi terdahulu.
  • Menawarkan prestasi yang mampan, berskala, pantas, dan selamat melalui penggunaan dua teknologi: DAG dan ABFT.
  • Turut menyokong sektor kewangan desentralisasi (DeFi):
    • fMint
    • fSwap
    • fLend
  • Token FTM
    • Token utiliti yang berkuasa di keseluruhan ekosistem Fantom.
    • Digunakan untuk staking, pentadbiran, pembayaran, dan caj di Fantom.
    • Bekalan maksimum: 3.175 bilion FTM
    • Tersedia sebagai token standard ERC-20 di ekosistem Ethereum (ETH) dan BEP-2 di ekosistem Binance.
    • Ketika artikel ini ditulis, nilainya didagangkan pada $2.19.
  • Projek yang berkait dengan platform Fantom turut melibatkan:
    • Travala – platform tempahan tiket perjalanan yang berasaskan blockchain.
    • DABS – syarikat elektrik yang berpangkalan di Afghanistan.
    • Afghanistan Chamber of Commerce and Investment (ACCI)
    • Royal Star Pharma – pengedar farmaseutikal terbesar Afghanistan

Jika anda berminat untuk melabur di dalam Fantom, boleh buat pembelian FTM di beberapa platform pertukaran kripto: Binance, KuCoin, FTX, dan Gate.io.

Pelabur juga digalakkan untuk membuat kajian meluas, DYOR berkaitan Fantom (FTX) sebelum membuat pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat