Kenali Yew Lee Pacific Group Yang Membuat Kemunculan Baru Bursa Hari Ini

192

‘Boleh tahan juga, pembukaan yang okay buat syarikat ini.’

Tarikh 7 Jun 2022 telah menjadi saksi kepada syarikat pengeluar berus industri tempatan, Yew Lee Pacific Group Bhd (YLPG) membuat penampilan pertama (debut) dalam Bursa Malaysia.

Ketika sesi pembukaan pagi tadi saham YLPG didagangkan 28.5 sen dengan premium 0.5 sen atau 1.75% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 28 sen.

Pada jam 10 pagi pula, saham YLPG menjadi saham paling aktif didagangkan dengan 146.91 juta saham diniagakan dan naik 1 sen pada 29 sen atau 3.57%.

Sedikit maklumat mengenai YLPG, ia telah ditubuhkan pada 1992 di Ipoh sebagai peniaga perkakasan industri dan alat ganti mesin sebelum menceburi bidang pembuatan berus industri khas pada 2004.

Ia bukan sahaja mengungguli pasaran tempatan malah telah menembusi pasaran Thailand melalui Padang Besar dan Medan, Indonesia selain memiliki pangkalan di Ipoh dan Klang.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif YLPG, Amber Ang Poh Yee menzahirkan kegembiraan terhadap penyenaraian dan debut syarikat selain turut menyuarakan komitmen untuk terus berusaha mengembangkan perniagaan.

Difahamkan bahawa melalui penyenaraian tersebut YLPG akan memperolehi RM37.27 juta dan M&A Securities Holdings Bhd pula sebagai penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan syarikat.

Menurut pemfailan syarikat kepada Bursa, cara pembahagian dana yang diperolehi adalah seperti berikut:

  • RM10.9 juta untuk membeli mesin dan peralatan.
  • RM8.9 juta untuk pembayaran balik pinjaman.
  • RM7.3 juta untuk pembinaan gudang dan pejabat baru.
  • RM1.8 juta untuk pengubahsuaian pejabat 3 tingkat syarikat.
  • RM4.57 juta untuk keperluan modal kerja.
  • RM3.8 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Dalam pada itu, Amber mengulas bahawa antara cabaran syarikat tahun ini adalah masalah harga bahan mentah yang tidak menentu serta kenaikan gaji minimun mulai 1 Mei lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat