Kenapa 55% Pelabur Kripto Pilih Untuk ‘Hold’ Walaupun Bitcoin (BTC) Susut?

1,547

‘Hebatnya kamu, yakinkah kamu?’

Satu tinjauan mendapati pelabur kripto memilih untuk ‘hold’ aset Bitcoin (BTC) dan beberapa altcoin lain sungguhpun pasaran aset digital mengalami fasa bearish kerana mereka yakin akan prospeknya.

Menurut Appinio, agensi yang menjalankan tinjauan, 55% pelabur memilih untuk hold pelaburan mereka walaupun harga kripto mengalami kejatuhan ketara sementara hanya 8% sahaja yang bertindak menjual aset dipegang.

Ketika berita ini ditulis, BTC mengalami lonjakan 7.35% untuk berada dalam paras $21,000.

Rentetan itu, ia menguatkan hipotesis bahawa pelabur yakin terhadap pelaburan kripto serta potensinya.

Asas tersebut dibina berdasarkan tinjauan sokongan yang mendapati 33% pelabur Amerika Syarikat (AS) kekal melabur dalam aset kripto dan 40% lagi percaya BTC menawarkan peluang terbaik dalam tempoh 3 bulan mendatang.

Dalam pada itu, hasil tinjauan turut mengkaji tindak balas pelabur terhadap penarikan semula yang meluas merentasi pasaran kewangan.

Hasilnya mendapati 65% pelabur mengekalkan pelaburan dan masih yakin dengan pilihan mereka, mengabaikan pergerakan suram pasaran.

Menyingkap mengenai kebimbangan jangka pendek pelabur, isu inflasi mendahului carta dengan 66% manakala 39% menggariskan keadaan ekonomi semasa dan baki 34% menyatakan konflik antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat