Kenapa Bank ‘Kecut Perut’ Dengan Kripto? Ini 5 Sebab Perlu Ketahui!

3,332

“Adakah satu ancaman atau belum bersedia dengan perubahan baru?”

Kebanyakan individu yang semakin mendalami pasaran mata wang kripto telah menyebabkan penggunaan aset digital kian meningkat, namun terdapat beberapa sebab bank pusat sungguh takut dengan kemunculan mata wang kripto ini. Antaranya adalah:

Decentralized

Kripto berfungsi sebagai sistem decentralized (tidak berpusat) yang beroperasi tanpa pihak ketiga seperti bank pusat. Susulan itu, aset digital berpotensi melemahkan sistem monetari tradisional yang berdasarkan kawalan berpusat.

Justeru, bank akan kehilangan kuasa untuk mengawal sistem pergerakan wang dalam sesebuah ekonomi negara mereka.

Kekurangan peraturan

Sebahagian besar daripada kripto yang tidak dikawal akan menyukarkan bank pusat untuk mengawal penggunaan aset digital dan mengundang risiko yang lebih besar.

Antaranya kesukaran untuk mencegah aktiviti haram seperti pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas yang mengguna kripto kerana lebih sukar dijejaki.

Tidak menentu (Volatile)

Pergerakan kripto yang volatile membawa maksud bahawa nilainya boleh berubah-ubah dalam masa singkat. Perkara tersebut mampu memberi risiko yang tinggi kepada pemegang aset digital dan mewujudkan ketidakstabilan dalam sistem kewangan.

Dasar monetari akan diancam

Bank pusat menggunakan dasar monetari untuk mengawal bekalan wang ataupun mempengaruhi aktiviti ekonomi dengan kaedah seperti menaikkan atau menurunkan kadar faedah.

Namun, kripto yang tidak tertakluk kepada kawalan bank pusat berupaya mengganggu sistem itu termasuk menyukarkan bank pusat menguruskan ekonomi dengan lebih stabil.

Kehilangan kawalan

Bank pusat bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan sistem kewangan dan nilai mata wang. Pun begitu, kripto yang beroperasi di luar sistem kewangan tradisional akan menghakis kawalan tersebut.

Secara keseluruhannya, bank pusat mungkin ‘takut’ dengan kripto susulan ia bukan sahaja berbeza daripada sistem monetari tradisional malah mampu menjejaskan kestabilan kewangan.

Meskipun begitu, beberapa bank pusat kini sedang berada dalam proses meneroka penggunaan kripto dan teknologi blockchain untuk meningkatkan kecekapan termasuk keselamatan sistem mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat