Kenapa BTC Meluncur Semula Ke $66K? Ini Jawapannya!

1,207

“Alaaa jangan risaulah, mesti naik balik punya.”

Gagal mengekalkan kedudukannya, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula sehingga $66,426 setelah ramai pelabur sedang bersedia menjual pegangannya ditambah pula bekalan di bursa aset digital semakin meningkat.

Rentetan itu, liquidation kira-kira $120 bilion telah tercetus dalam masa singkat sahaja dan pada masa sama metrik seperti address aktif, volum transaksi dan aktiviti rangkaian turut menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Bukan itu sahaja, harga BTC mengalami kejatuhan disebabkan ramai pegawai Federal Reserve (Fed) semasa minit mesyuarat FOMC semalam menyatakan kebimbangan berhubung tekanan inflasi, jadi mereka mungkin menangguhkan atau mengurangkan bilangan pemotongan kadar faedah pada tahun ini.

Berita kawal selia juga telah menyumbang pada kemerosotan pasaran kripto apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mengekalkan pendirian konservatif terhadap rang undang-undang aset digital yang baru-baru ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pullback harga BTC ini boleh dikaitkan dengan laporan Indeks Pengurus Pembelian Global (PMI) S&P yang membawa pada kenaikan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang seterusnya memberi tekanan pada aset berisiko seperti kripto.

Dalam laporan PMI, ekonomi dilaporkan berkembang pada kadar terpantasnya dalam tempoh dua tahun yang menyebabkan traders mengubah jangkaanya terhadap pemotongan kadar faedah sekali gus mengenakan lebih banyak tekanan ke atas BTC dan aset digital lain.

Meskipun begitu, trader dan penganalisis Mags berpendapat penurunan BTC yang disaksikan ini hanyalah “fake out” semata-mata sementara penganalisis bebas Jells ramal harganya akan menembusi $100,000 sejurus selepas ia memecahkan paras tertinggi sepanjang masa 2021.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.51% pada paras $67,744 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi tetap mencatatkan pendakian 3.62% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat