Kenapa Bursa Merah-Merah Panas, Nak Cendol?

205

Beberapa jam selepas mesyuarat FOMC di Amerika Syarikat (AS), pasaran ekuiti tempatan melanjutkan kerugian semalam selepas kadar faedah dinaikkan secara agresif.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, dalam jangka masa terdekat ini sentimen pasaran global akan kekal negatif dengan pelabur cuba mencerna kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas di AS.

Sungguhpun begitu, pasaran tempatan mungkin menyaksikan aktiviti bargain-hunting pada sektor perbankan untuk beli pada harga murah termasuk segmen tenaga, pembinaan dan bahan binaan menjelang Belanjawan 2023.

Hasilnya, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 5.92 mata pada 1,441.26 daripada penutupan Rabu pada 1,447.18 dengan pembukaan lemah 2.31 mata pada 1,444.87.

Di pasaran meluas, kerugian pada 232 atasi keuntungan pada 43, manakala 165 kaunter pula tidak berubah, 1,950 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 98.13 juta unit bernilai RM43.28 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank, Petronas Chemicals Group Bhd dan IHH Healthcare Bhd  turun 5 sen pada RM8.67, RM5.40 dan RM6.05 sementara CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM8.56 manakala Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.41.

Saham aktif memperlihatkan Velesto Energy Bhd dan Sunzen Biotech Bhd naik 0.5 sen pada 13 sen dan 6.5 sen, Top Glove Corp Bhd susut 1 sen kepada 65.5 sen, EA Technique (M) Bhd jatuh 0.5 sen pada 8.5 sen dan Cnergenz Bhd kekal pada 95.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas turun 38.05 mata pada 10,292.05, FBMT 100 hilang 41.55 mata pada 10,029.08, FBM Emas Shariah jatuh 42.54 mata pada 10,347.35, FBM 70 susut 53.20 mata pada 12,479.35 dan FBM ACE kurang 24.78 mata pada 4,753.34.

Segi sektor, indeks Tenaga kurang 5.40 mata pada 720.18, indeks Perladangan kuncup 25.53 mata pada 6,820.29, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 45.48 mata pada 16,354.37 dan indeks Produk dan Perkhidmatan susut 1.09 mata pada 174.59.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat