Kenapa Dengan USD? Tiba-tiba Terjun!

1,423
  • USD merosot pada sesi Eropah
  • Data & minit mesyuarat FOMC jadi tumpuan
  • Dolar Aussie canak 2% susulan laporan China

Pelabur sekali lagi diperlihatkan dengan pergerakan pasaran yang tidak menentu pada sesi Eropah yang memperlihatkan junaman US dolar.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback merosot 0.7% pada sekitar harga 103.93.

Raja mata wang itu, sebelum ini mendapat sokongan untuk melonjak pada Selasa yang menyaksikan kebanyakan mata wang menjunam parah.

Namun, situasi sebaliknya berlaku pada sesi dagangan hari ini yang memaparkan lonjakan mata wang utama, khususnya dolar Aussie yang melantun lebih 2%.

Pengukuhan dolar Aussie dikaitkan dengan laporan terbaru bahawa China sedang mempertimbangkan untuk menamatkan sebagian sekatannya terhadap import arang batu Australia.

Pada masa yang sama, kekuatannya juga didukung oleh kelemahan dolar greenback, yang turut disusuli oleh peningkatan dolar New Zealand sekitar 1.5%.

Sementara itu di Eropah, mata wang euro menokok 0.7%, manakala pound sterling pula menguat 0.9% susulan penyusutan US dolar.

Dagangan yen turut mendapat manfaat dengan mencatatkan peningkatan kira-kira 0.6% di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank of Japan (BOJ) akan keluar dari dasar yang sangat longgar tidak lama lagi.

Umumnya, masih tiada faktor yang jelas menjadi penggerak kepada pasaran dengan volatiliti harga yang tinggi terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pergerakan mata wang.

Data pembuatan Amerika Syarikat dan laporan minit mesyuarat yang dijadualkan terbit pada sesi New York, kini menjadi tumpuan utama pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat