Kenapa Dubai Haramkan Aset Digital Ini?

382

“Bukan saja-saja tak boleh, mesti ada sebab Dubai buat macam tu.”

Demi membangunkan Dubai sebagai hab antrabangsa aset digital, Pihak Berkuasa Kawal Selia Aset Maya (VARA) Dubai menguatkuasakan beberapa peraturan dan melarang setiap aktiviti yang melibatkan mata wang kripto seperti Monero (XMR) dan Zcash (ZEC).

Syarikat bersandarkan kripto yang berhasrat menawarkan perkhidmatannya di Dubai haruslah menepati segala piawaian ditetapkan oleh badan pemantau tempatan.

Menurut Angela Ang, Penasihat Dasar Kanan di firma perisikan blockchain TRM Labs berkata bahawa sesebuah syarikat aset digital perlu melaksanakan anti-pengubahan wang haram, protokol pemasaran dan pencegahan perdagangan orang dalam.

Tambahnya lagi, tujuan utama pembaharuan tersebut dilakukan adalah untuk wujudkan Dubai sebagai pusat global teknologi blockchain serta menyediakan perlindungan lebih efisien kepada para pengguna tempatan.

Umum mengetahui pengawal selia sebelum ini telah memberikan lesen sementara kepada syarikat exchanger kripto Binance dan Crypto.com untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan itu manakala FTX pula diberi kelulusan tubuhkan ibu pejabat wilayah.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates Airline berhasrat mengaplikasikan Bitcoin (BTC) sebagai kaedah pembayaran dan teknologi blockchain untuk mengesan rekod pesawat.

Pada sisi berbeza, pihak berkuasa Jepun turut melarang penggunaan aset digital seperti Monero (XMR), Zcash (ZEC) dan dash (DASH) susulan terdapat individu didapati kerap menggunakan token sedemikian dalam operasi haramnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat