Kenapa Elon Musk Usung Sinki Pergi Melawat HQ Twitter?

1,804

‘Orang lain first day masuk tempat kerja bawa laptop, member ni bawak sinki matt.’

Jutawan ‘eccentric’ terkaya dunia, Elon Musk membuat lawatan pertama ke ibu pejabat Twitter Inc menjelang pembelian rasmi $44 bilion terhadap syarikat tersebut.

Perkara tersebut diumumkan oleh Musk sendiri menerusi laman Twitter peribadinya.

Namun, apa yang mencuri tumpuan umum adalah tindakan beliau yang membawa sebuah sinki ketika membuat lawatan tersebut.

Selain itu, beliau juga dilihat menukar biodata pada Twitternya dengan terpapar ‘Chief Twit’.

Tindakan terbaru Musk tersebut menandakan bahawa beliau benar-benar akan memperolehi syarikat ‘burung biru’ tersebut selepas kali pertama menyatakan hasrat untuk membeli pada awal tahun lalu.

Umum mengetahui bahawa Musk dan Twitter diapit kontroversi pemerolehan selepas jutawan itu mengambil keputusan untuk membatalkan perjanjian pembelian kerana tidak berpuas hati.

Ketika itu pihak Twitter telah memberi maklum balas dengan mengatakan Musk sengaja menangguhkan pemerolehan supaya boleh membeli pada harga yang lebih murah.

Setakat penulisan ini saham Twitter diniagakan positif 1.08% pada $53.35 dengan modal pasaran sebanyak $40.83 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat